Sunday, November 22, 2015

Warna Warni Hari Konvokesyen PASTI di seluruh Melaka 2015






Majlis Konvokesyen PASTI diseluruh Negeri Melaka sesi 2015 telah berlangsung dengan jaya mengikut PASTI Cawangan Masing-masing pada hujung bulan november sebelum cuti sekolah dan ada juga yang berlangsung selepas cuti sekolah.

Majlis Konvokesyen yang berlansung antara 19-25 november 2015 majoritinya telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah PASTI En Mazuan Hassan , Timbalan Pengarah 2 PASTI Ust Muhammad Syahid Md Isa, dan Timbalan Pengarah 3 PASTI En Azmi Aziz. 

Tahniah diucapkan kepada semua penggerak PASTI diseluruh Melaka kerana berjaya menyempurnakan Amanah dengan sebaiknya, moga segala kekurangan dan kelemahan dapat diperbaiki untuk masa akan datang dan yang baik dapat disebar luaskan agar ianya mendapat manfaat kepada semua.

Gambar-gambar sekitar Majlis Konvokesyen PASTI diseluruh Melaka sesi 2015






























Monday, August 31, 2015

Alam Ria PASTI Pusat 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..


30 ogos 2015, berlangsungnya satu Program Besar iaitu Alam Ria PASTI Pusat bertempat di Golden Straits Villa, Port Dickson, N. Sembilan.

Sebanyak 14 buah negeri di seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan Alam Ria pada kali ini.

Seramai 53 orang yang hadir mewakili kontinjen PASTI Melaka di sana, acara yang dipertandingan sebanyak 11 acara, antaranya Kalam Jamaie, Nasyid, Sajak, bercerita, Khutbah, Azan dan lain2 lagi.

Alhamdulillah, PASTI Melaka mendapat Naib Johan dalam acara Azan, manakala acara yang lain hanya peroleh saguhati, Tahniah kepada guru² yang sudah berusaha sebaik mungkin. Adat pertandingan, ada kalah dan ada yang menang, yang penting kita sudah lakukan yang terbaik. Pergi ke tahap peringkat kebangsaan sudahpun membuat para ibubapa dan guru² berbangga.

InsyaAllah tahun depan kita cuba lagi buat yang terbaik. Tahniah semua!

Sedikit gambar kenangan...

Wednesday, August 19, 2015

Alam Ria PASTI Negeri Melaka 2015


بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحة الله وبركاته  


Bukit katil, 15 ogos 2015 ; Telah berlangsung satu program berbentuk mencungkil bakat adik² PASTI dalam pelbagai acara seperti Nasyid, Kalam Jamaie, Pidato, Sajak dan lain-lain iaitu ALAM RIA PASTI bertempat di Maahad Ar-Rahmah,Solok Gaung.

Seramai 200 pelajar PASTI seluruh Melaka mengambil bahagian, acara dipertandingan mengikut kawasan terdapat enam buah kawasan di seluruh melaka. Perasmian penutup dirasmikan oleh Mudir maahad Ar-Rahmah sendiri yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka iaitu Ust Kamaruddin Sidek.

Johan Keseluruhan telah dimenangi oleh Kawasan Jasin dengan memenangi tempat pertama sebanyak 4 Acara. Johan Nasyid telah dimenangi oleh PASTI Kawasan Kota Melaka PASTI As-Syarifah, manakala Kalam Jamaie dimenangi oleh PASTI Kawasan Alor Gajah PASTI At-Taqwa 2.

Tahniah kepada semua pemenang, dan semua guru² yang membantu secara dedikasi, Ajk pelaksana dan semua yang membantu menjayakan Alam Ria pada tahun ini dengan jayanya... Alhamdulillah..
Jumpa di peringkat Pusat pula pada 30 ogos 2015 di Port Dickson, Negeri Sembilan.




Johan NASYID daripada PASTI As-Syarifah..

Johan KALAM JAMAIE dari PASTI At-Taqwa2

Johan bercerita dari PASTI Ahmadiah

Johan KHUTBAH dari PASTI Al-Murabbitin


Hebat adik2 PASTI berkhutbah.

Bergambar kenangan bersama guru.




Semangat dia bercerita!





Suasana dewan utama!

Wednesday, June 3, 2015

HARI KANTIN PASTI 2015



بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحة الله وبركاته 

Jom bersama-sama memeriahkan Program mega PASTI Melaka iaitu Hari Kantin PASTI 2015 
pada 13 Jun 2015 bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil...
Antara aktivti yang menarik :
  1. Pertandingan mewarna MEGA
  2. Gubahan Tuala / Ukiran Buah
  3. Kokomin Tarik
  4. Jualan Pelbagai makanan dan minuman
  5. Cabutan bertuah / teka kacang
  6. dan lain-lain lagi.. 

nak tahu apa lagi yang menarik???
Ayuh bersama-sama sertai kami memeriahkan lagi Hari Kantin PASTI 2015, Bawa bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.


Semua dijemput hadir!!



Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Melaka 2015


بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحة الله وبركاته 

Pada tanggal 24 mei 2015 telah berlangsung majlis yang kebiasaanya setiap tahun akan disambut oleh semua guru termasuklah guru-guru PASTI bagi meraikan juga sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, usaha keras serta komitmen yang diberikan selama berkhidmat sebagai guru.

Seramai 150 orang guru diseluruh PASTI Melaka diraikan di Restoran Ikan Bakar Parameswara, Umbai Melaka. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu PAS dan Lagu Rasmi MGPM.

Beberapa kelainan yang dibuat pada sambutan kali ini, pihak urusetia menyediakan beberapa game yang buat pertama kalinya dibuat bagi memeriahkan suasana serta bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama guru.

Seterusnya penyampaian sijil serta anugerah disampaikan diakhir majlis.
Bagi Anugerah Siti Khadijah disandang oleh  Pn Rokiah Gafar
Bagi Anugerah Tokoh Guru dimenangi oleh Pn Azni Abd Aziz
Tahniah diucapkan pada para penerima anugerah, semoga terus istiqomah dalam arena pendidikan dalam mentarbiyah dan mendidik tunas islam kearah islam yang sebenar.

Disini disertakan beberapa corat-coret suasana Sambutan Hari Guru PASTI Melaka 2015