Monday, August 31, 2015

Alam Ria PASTI Pusat 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..


30 ogos 2015, berlangsungnya satu Program Besar iaitu Alam Ria PASTI Pusat bertempat di Golden Straits Villa, Port Dickson, N. Sembilan.

Sebanyak 14 buah negeri di seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan Alam Ria pada kali ini.

Seramai 53 orang yang hadir mewakili kontinjen PASTI Melaka di sana, acara yang dipertandingan sebanyak 11 acara, antaranya Kalam Jamaie, Nasyid, Sajak, bercerita, Khutbah, Azan dan lain2 lagi.

Alhamdulillah, PASTI Melaka mendapat Naib Johan dalam acara Azan, manakala acara yang lain hanya peroleh saguhati, Tahniah kepada guru² yang sudah berusaha sebaik mungkin. Adat pertandingan, ada kalah dan ada yang menang, yang penting kita sudah lakukan yang terbaik. Pergi ke tahap peringkat kebangsaan sudahpun membuat para ibubapa dan guru² berbangga.

InsyaAllah tahun depan kita cuba lagi buat yang terbaik. Tahniah semua!

Sedikit gambar kenangan...

No comments:

Post a Comment