Thursday, December 31, 2009

Taklimat Pengurusan 2010

Tarikh : 01 Januari 2010
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari (program sedang berlangsung)
Tempat : Pejabat Perhubungan PAS Melaka, Semabok.

1) Taklimat pengurusan ini dihadiri oleh:
- pengerusi pasti cawangan
- pengerusi pasti kawasan (AJK Dewan Pemuda kawasan)
- Majlis Guru Pasti (MGP)
- Ahli Lembaga Pasti (ALP)

2) Objektif taklimat ialah:
- memperkasakan pengurusan pasti untuk semua peringkat (melibatkan guru & pengurusan pasti)
- menyelaraskan program pasti setiap kawasan.
- menambahbaik sistem pembelajaran di setiap pasti cawangan.




Monday, November 9, 2009

Peperiksaan Pemilihan Anugerah Murid Terbaik 2009

Tarikh program : 07 NOVEMBER 2009
Tempat : Dewan RISDA, Melaka.
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang





Kelihatan murid-murid sedang tekun menjawab soalan... Semua murid-murid yg hadir adalah terdiri daripada murid terbaik setiap PASTI cawangan... Maka, SYABAS & TAHNIAH kepada semua murid-murid nie kerana berjaya mencapai tahap pembelajaran yang baik...


Barisan Ahli Lembaga Pengarah & Majlis Guru Pasti
bersama murid terbaik (5 orang bagi kategori 5 tahun & 5 orang bagi kategori 6 tahun)
PASTI Negeri Melaka

Para ibu bapa sedang khusyuk mendengar ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh pengarah PASTI Melaka sendiri, Cikgu Abd.Kadir Hj.Dewa...

Thursday, October 22, 2009

Sambutan Aidilfitri PASTI Melaka

Pengarah Pasti Kawasan Kota Melaka, Akhi Zaimi sedang melihat juadah yang tersedia

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Melaka sedang asyik berbicara mengenai kemajuan sektor pendidikan terutamanya PASTI


Inilah juadah yang tersedia... Jurugambar pun sempat menjamu juadah ini dengan penuh rasa terharu, majlis ini mendapat sambutan yang baik...

Tuesday, October 20, 2009

Pertandingan Membaca Bahasa Melayu, Inggeris & Jawi

Program : Pertandingan Membaca Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi Peringkat PASTI Negeri Melaka
Tarikh : 17 Oktober 2009 bersamaan 28 Syawal 1430H
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah, Pekan Durian Tunggal.

Pemenang bagi Bahasa Melayu : Muhammad Alif Najmi b. Hisham,
Pelajar Pasti As-Syarifah (Kota Melaka)
- hadiah telah disampaikan oleh
Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin b. Haji Sidek


Pemenang bagi Bahasa Inggeris : Nur Zuhairah Batrisya bt. Mohd Khair,
Pelajar Pasti Seri Jati (Bukit Katil)
- hadiah telah disampaikan oleh
YDP Kwsn Alor Gajah, Saudara Adly Zahari

Pemenang bgai Jawi : 'Insyirah bt. Saminan, (Masjid Tanah)
- hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka,
Saudara Yuhaizad

Keputusan terbaik secara keseluruhan telah dimenangi oleh kawasan Masjid Tanah.

Tuesday, September 29, 2009

Jom berpuasa 6 dalam bulan Syawal...

1) Puasa Ramadhan untuk menduduk dan melentur nafsu manusia yang degil dan keras kepala melawan kehendak Tuhan. Sebab itu umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan sepertimana yang dituntut Allah dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Agar kalian menyempurnakan bilangan harinya dan kalian bertakbir mengagungkan Allah justeru Dia telah memberikan hidayah kepada kalian".

2) Di penghujung Ramadhan umat islam menamatkan ibadah puasa dengan Hari Raya Aidilfiri sebagai tanda kemenangan dan kejayaan mentarbiyah diri.


3) Tapi hari raya mungkin sahaja menimbulkan kesan sebaliknya. Manusia mula melepaskan tali kekangan nafsunya tanpa pengendalian yang wajar. Ini tentunya akan merosakkan kesan tarbiyah berkenaan.


4) Sebab itu Rasulullah s.a.w menggesa pengikutnya untuk berpuasa enam hari dalam bulan Syawal selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan. Agar dapat ditawan kembali kehendak nafsu yang mula mahu bermaharajalela itu.


5) Berdasarkan riwayat Abu Ayyub al-Ansari baginda bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun seluruhnya".- Riwayat Muslim, Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah.


6) Sekiranya seseorang itu berterusan mengerjakan puasa enam ini setiap tahun, maka seolah-olah ia berpuasa selama-lamanya.


7) Dalam hadis yang lain terdapat tafsiran kepada hadis ini yang mengatakan berpuasa sebulan Ramadhan menyamai dengan 10 bulan manakala berpuasa enam hari dalam bulan Syawal menyamai dua bulan. Dengan itu sekeluruhannya adalah setahun.


8) Mungkin ada yang bertanya apakah yang dimaksudkan ia terus ditunaikan sebaik sahaja selepas 1 Syawal atau puasa sunat itu boleh ditangguhkan perlaksanaannya beberapa hari selepas hari raya?


9) Dengan lebih jelas, adakah boleh puasa sunat Syawal sebelum qadha Ramadhan? Ulama berbeza pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat utama :


--- Harus puasa enam sebelum puasa qadha Ramadhan. Ini pendapat jumhur ulama sama ada secara mutlak mahupun dengan pendapat yang memakruhkan perbuatan seperti ini.
Ulama Hanafi mengharuskan puasa sunat sebelum qadha Ramadhan kerana qadha itu tidak wajid secara segera tapi wajib "Muwassa" atau (mengikut masa yang sesuai kepada orang yang magu mengqadha puasa berkenaan). Ini juga pendapat Imam Ahmad dalam satu riwayatnya. Adapun ulama mazhab Maliki dan Syafi'i mereka berpendapat harus tapi makruh kerana melambat-lambatkan yang wajib kerana sibuk menunaikan yang sunat.

--- Haram puasa sunat sebelum mengqadha puasa Ramadhan. Ini salah satu pendapat mazhab Hambali. Pendapat yang sahih ialah harus berpuasa sunat sebelum mengqadakan puasa wajib kerana waktu qadha' itu tidak semestinya segera tetapi bersifat muwassa' atau mengikut kesesuaian masa mengqadha' ibadah berkenaan.


10) Kesimpulannya Islam sangat mementingkan usaha melentur dan mentarbiyah nafsu menusia. Ini kerana nafsu manusia kuat terbelenggu dengan faham asabiyah keMelayuan, keJawaan dan keAraban.


11) Malah mereka tidak mahu tunduk kepada ajaran Islam yang syumul dan kaffah, mereka enggan bersama memperjuangkan Islam meskipun sudah berpuasa sebulan kerana kepentingan nafsu liar yang tidak dapat dilentur dengan jayanya.



oleh : Ustaz Abdul Ghani Samsuddin (Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS)


Sunday, September 6, 2009

Jom pertingkatkan ibadah... Ke arah pemantapan iman...

1) Apabila diri ini melihat kalendar, hati kecil ini terasa sangat sayu disebabkan semakin singkat masa yang penuh berkat di dalam bulan Ramadhan penuh keberkatan ini.

2) Diri ini mengingatkan kepada semua... Gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya... Kemungkinan Ramadhan 1430H adalah ramadhan terakhir utk kita... Alangkah ruginya jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

3) Mari kita memaksimakan amalan & tingkatkan kesabaran... !!!

Tuesday, August 25, 2009

Bulan Ramadhan = Bulan Rahmat, Keberkatan & Pengampunan


Berikut adalah amalan Rasulullah saw di bulan Ramadhan


Jadual diatas adalah suatu muhasabah amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan.
Sila klik pada jadual tersebut untuk gambaran yang lebih jelas.

Wednesday, August 12, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada mangsa kemalangan Pasti Nurul Iman, Jasin.

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada mangsa kemalangan Pasti Nurul Iman, Jasin.

Tarikh : 09 Ogos 2009, 02 Syaaban 1430H

Masa :6.00 petang

Tempat : Dataran Hamas, Jasin.

1) Sumbangan ikhlas diberikan kepada semua mangsa kemalangan yang terlibat termasuk semua pelajar yg cedera ringan.


2) Sumbangan ini telah disampaikan oleh Akhi Yuhaizad b. Abdullah, selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.


3) Jumlah nilai sumbangan ini diperolehi daripada sumbangan Pasti Malaysia, Pasti Melaka, Dewan Pemuda PAS Melaka dan juga orang ramai yg turut simpati akan kejadian tersebut.


4) Dengan penuh harapan, sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan mangsa kemalangan dalam menanggung segala kos perbelanjaan perubatan mereka.


5) Semoga diberi ketenangan & kesihatan yg baik kepada semua mangsa kemalangan tersebut.


Berhati-hati di jalan raya… Hargailah nyawa anda… Jangan lupa baca doa naik kenderaan ye…

Tuesday, July 21, 2009

Kemalangan Melibatkan Pelajar PASTI Jasin (Nurul Iman)

Van Pasti Nurul Iman yg dipandu oleh Saudara Lokman b. Md Daud


1) Kemalangan berlaku di jalan menuju ke Kemendor (berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik Jasin), ketika itu van PASTI sedang menghantar pelajar ke rumah masing-masing. Semua pelajar ini dari Pasti Nurul Iman, Kesang Tua, Jasin, Melaka.

2) Berdasarkan maklumat saksi kejadian, kereta wira tersebut telah terbabas & memasuki jalan yg bertentangan iaitu laluan yg dilalui oleh van Pasti itu. Dan telah melanggar van Pasti secara tepat bahagian depan van.

3) Van Pasti dipandu oleh saudara Lokman b. Md Daud bersama 12 org pelajar & seorang pembantu Pasti.

4) Alhamdulillah semua pelajar & pembantu terselamat dari kemalangan tersebut.

5) Buat masa sekarang, majoriti pelajar Pasti telah pulang ke rumah masing-masing setelah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Jasin.

6) Setakat ini, pemandu van, Saudara Lokman telah ditempat ke wad B4, Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami patah kaki akibat tersepit. Beliau pengsan ditempat kejadian sejurus kemalangan itu.

7) Adik Liyana bt. Sabarudin berada dalam keadaan yg kritikal, ditempatkan di ICU (Aras 2) Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami pendarahan dalam perut & telah menjalani pembedahan petang semalam.

8) Adik Fatiyatul Akma bt. Zulkifli ditempatkan ke aras 1-2, Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami patah kaki.

9) Semoga anak-anak Pasti ini diberikan kekuatan zahir & batin dalam menghadapi peristiwa ini. Mari kita sama-sama menadah tangan & memohon semua yg terlibat kembali sihat seperti sediakala.

10) Adalah amat penting, kita mendoakan kesejahteraan mereka. Ikatan yg telah wujud antara guru Pasti & pelajar Pasti diibaratkan sebuah keluarga yang mesra. Ikatan tidak mudah dipupuk kecuali dengan adanya pengorbanan semua pihak.



Kereta wira yg dipandu oleh pemuda Melayu. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam jam 1.30 petang di Hospital Jasin.


Adik Fahiyatul Akma bt. Zulkifli sedang berehat di katil 10, Aras 1-2 Hospital Besar Melaka.
Adik Akma mengalami patah kaki & beberapa kecederaan di muka. Adik Akma ditemani oleh ayahnya iaitu Ustaz Zul.

Dashbroad van terperosok rapat ke kerusi pemandu.

Pintu sebelah pemandu koyak dengan kasar akibat pelanggaran yg kuat.

Cermin van mengalami keretakan secara menyeluruh.

Wednesday, July 8, 2009

Majlis Jamuan Sempena Pesta Sukan PASTI Malaysia



1) Majlis jamuan ini diadakan pada 3 Julai 2009, jam 8.30 malam bertempat di Pasti Jaya Insan, Kawasan Bukit Katil...

2) Majlis diadakan khas untuk meraikan para peserta sukan pasti kebangsaan yg telah berlangsung di UNISEL, walaupun kontijen melaka pulang tanpa membawa pulang piala juara.

3) Kesungguhan para peserta dalam permainan adalah mengagumkan. Ada yang menitis air mata apabila gol mereka dibolosi... Ada yang gementar apabila melakukan tendangan penalti... Yang penting, para peserta dapat memupuk semangat berpasukan & kesatuan walaupun baru berusia 4-6 tahun.

4) Di dalam majlis ini juga diadakan acara penyampaian sijil & hadiah saguhati kepada para peserta. Termasuk sambil menjamah buah-buahan tempatan yang disediakan oleh guru-guru.

Buah durian siap dibuka oleh jurulatih bola sepak, khas untuk tatapan para tetamu


5) Disamping makan-makan... para ibubapa dapat beramah-mesra bersama guru-guru, ALP dan pimpinan PAS dari negeri Melaka & kawasan Bukit Katil.

Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil sedang berucap ketika majlis berlangsung


Suasana meriah sepanjang majlis

Sunday, July 5, 2009

Lirik Lagu Anak Soleh - Aeman

Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Penyanyi : Aeman


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim






Thursday, June 25, 2009

PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA 2009


1) Tahniah kepada pasukan bola sepak SELANGOR yang telah menjadi Johan...

2) Tahniah juga kepada pasukan bola jaring KELANTAN yang telah menjadi johan...

3) Keputusan pesta sukan :

BOLA SEPAK : 1st - SELANGOR
2nd - PULAU PINANG
3rd - PERAK

Pemain terbaik : Pelajar PASTI Perak

BOLA JARING : 1st - KELANTAN
2nd - SELANGOR
3rd - MELAKA

Pemain Terbaik : Pelajar PASTI Kelantan

4) Insyaallah... Kita akan bertemu di Pulau Pinang pada 2010...

Pemain terbaik PASTI Melaka, Nur Ikmal Alif b. Montar (berdiri tengah)
Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin b. Haji Sidek (sebelah kiri)
Pengarah PASTI Melaka, Cikgu Abd. Kadir b. Haji Dewa (sebelah kanan)


Maksud tersirat melalui LOGO

1) Logo PASTI berbentuk bulat bagi melambangkan Islam itu bersifat universal dan menyeluruh.

2) Latarbelakang bulat dan berwarna putih melambangkan nur hidayah Allah swt yang sentiasa terpancar bagi hambaNya yang berusaha mencari keredhaanNya.

3) Gambar orang melambangkan tenaga pengajar di PASTI dalam mendidik kanak-kanak lelaki dan perempuan berteraskan ilmu Islam dan fikrah Islamiyah.

4) Al-Quran dan Hadis sebagi sumber rujukan pentarbiahan kanak-kanak PASTI demi membentuk satu generasi 'uswah hasanah'.

5) Warna:
  • Putih melambangkan kesucian Islam itu sendiri dan fitrah anak-anak di alamnya yang suci, putih, bersih dan sedia dicernakan mengikut fitrah Islam itu sendiri.
  • Hijau melambangkan kesuburan di mana setiap benih itu perlu kepada baja dan perhatian lain yang penuh dalam menghasilkan tunas-tunas yang sihat dan InsyaAllah akan menghasilkan pula pohon-pohon yang subur lagi bermanfaat. Begitulah juga dimaksudkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam usaha menghasilkan insan-insan yang bertaqwa, berdisplin serta mujahid-mujahid yang benar.

Sambutan Jubli Perak PASTI


  • Genap 25 tahun Pusat Asuhan Tunas Islam diwujudkan... sehingga matlamat penubuhannya selari tanpa sebarang perubahan yg besar.
  • Semoga semua penggerak & guru-guru Pasti semakin mantap dalam segala bidang pengurusan Pasti.