Monday, July 12, 2010

Jamuan Sukan Pasti Negeri Melaka 2010

Majlis Jamuan Sukan Pasti Negeri Melaka 2010

Tarikh: 13 Julai 2010 bersamaan 30 Rejab 1431 hijrah
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Tempat: Pasti Seri Jati, Sungai Putat.

1) Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kontinjen Pasti Melaka (Pasukan Bola Sepak & Bola Jaring) yang telah menyertai Pesta Sukan Pasti Malaysia 2010 di Pulau Pinang.

2) Majlis jamuan ini berjalan dengan penuh kemeriahan apabila dihadiri oleh keluarga para pelajar yang tidak henti-henti berbicara mengenai permainan anak-anak mereka di Pulau Pinang. Mereka berasa kagum dengan pencapaian anak-anak mereka walaupun kontinjen Melaka tidak berjaya memperolehi gelaran juara.

3) Para tetamu yang telah hadir juga tertarik akan perbualan mengenai sukan tersebut. Antara tetamu yang hadir adalah Pemuda PAS Negeri Melaka, Pemuda PAS Kaw.Bukit Katil, ALP Pasti Melaka & guru-guru yang terlibat sama.

4) Seramai 27 pelajar telah memberikan komitmen yang tinggi dalam sepanjang permainan tersebut, dan juga tidak lupa penat lelah para ibu bapa, guru-guru, jurulatih yang telah memberikan sokongan padu kepada pelajar-pelajar berikut.

Sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010:

Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010

Monday, May 24, 2010

Mesyuarat Agung JIBG Pasti Al-Huda


Aktiviti : Mesyuarat Agung Jabatan Ibu Bapa & Guru (JIBG) Pasti Al-Huda
Tarikh : 02 Mei 2010 (Ahad) bersamaan 19 Jamadilawal 1431 Hijrah
Tempat : Balai Islam Bukit Rambai

1) Tahniah kepada pihak pengurusan Pasti Al-Huda kerana berjaya menubuhkan JIBG serta menganjurkan mesyuarat agung kali yang pertama (sebuah organisasi yang diwakili oleh ibu bapa & guru-guru pasti tersebut).

2) Alhamdulillah (lafaz yg terindah) apabila kedengaran wujudnya JIBG peringkat pasti cawangan di Melaka... Semoga ianya menjadi pencetus kpd peningkatan sistem pengurusan pasti seluruh negeri Melaka.

3) Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh Pengarah Pasti Melaka, Cikgu Abdul Kadir b. Dewa... Beliau sempat meluahkan perasaan gembira dengan kemajuan yang telah dipraktikkan oleh semua warga Pasti Melaka terutamanya Pasti-Pasti yg telah diberi pengiktirafan dalam beberapa kategori @ bidang.

Sunday, May 16, 2010

PASTI RUJUKAN (PASTI BENCHMARK)

1) Pihak Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI Negeri Melaka telah membuat penilaian & pemerhatian terhadap semua pasti cawangan sepanjang awal tahun 2010. Dengan ini, pihak ALP telah menyenaraipendek pasti-pasti yang boleh dijadikan contoh @ rujukan dalam beberapa kategori tertentu.

2) Dibawah ini adalah kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh pihak ALP:

Organisasi:
Pasti An-Nuriah (Tangga Batu)

Jabatan Ibu Bapa & Guru (JIBG):
Pasti Al-Huda (Tangga Batu)

Keceriaan, Kebersihan & Kekemasan (3K):
Pasti At-Taqwa 2 (Alor Gajah)

Kaffah:
Pasti Ar-Rahman (Masjid Tanah)

Publisiti:
Pasti Al-Amin (Jasin)

Fardhu Ain:
Pasti Al-Kauthar (Bukit Katil), Pasti Nurul Aini (Kota Melaka)

K4T:
Pasti Nurul Iman (Jasin)


3) Dengan ini, pihak ALP berharap pasti cawangan dapat berkomunikasi dengan pihak pengurusan pasti yang telah dianugerahkan kategori tertentu. Semoga kecemerlangan pasti ini dapat dikongsi & dinikmati bersama-sama.

Bersama kita "Menjana Generasi Al-Quran"

Saturday, April 17, 2010

Kursus Pembelajaran & Pengajaran Bahasa Melayu

Kursus Pembelajaran & Pengajaran (P & P) Bahasa Melayu

Tarikh : 28 Mac 2010 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1431H


Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang


Tempat : Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka, Semabok.


Peserta : Semua guru-guru PASTI Negeri Melaka


Penceramah : Pn. Khairiyah bt. Mohamad
(Pengarah Bahagian Pembinaan Bahagian, Pasti Malaysia)

Perasmian Penutup : En. Abd. Kadir Dewa
(Pengarah PASTI Negeri Melaka).




Pn. Khairiyah bt. Mohamad selaku Pengarah Bahagian Pembinaan Bahagian, Pasti Malaysia sedang menyampaikan mukaddimah kursus BM ini...


Kursus ini berjalan dengan baik... Wujudnya pembelajaran secara dua hala iaitu penglibatan aktif dari para peserta kursus dengan penceramah....



Para peserta kursus mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh penceramah...


Majlis Penutup dirasmikan oleh En. Abd. Kadir Dewa (Pengarah PASTI Negeri Melaka).

Monday, March 1, 2010

Muktamar Majlis Guru PASTI Negeri Melaka kali ke-9



Tarikh : 28 Februari 2009 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431H
Tempat : Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

1) Muktamar ini telah dihadiri oleh semua guru Pasti seluruh negeri Melaka yangmana jumlah guru hampir mencecah 130 orang. Betapa indahnya pengorbanan guru-guru ini dalam mendidik anak-anak ke arah cara hidup Islam yang syumul. Semoga mereka mendapat keredhaan dari Allah swt sehingga hari akhirat kelak, ameen...



2) Sesi perasmian muktamar telah diselesaikan oleh Pengarah Pasti Melaka, Abdul Kadir b. Dewa. Sepanjang muktamar berlangsung, seluruh warga ALP Negeri Melaka juga telah menghadirkan diri dalam menjayakan lagi kelancaran perjalanan muktamar tersebut.



3) Suasana muktamar bertambah hangat dengan adanya luahan & cadangan kepada pimpinan baru dalam menerajui Majlis Guru Pasti pada sesi 2010. Gambar dibawah menunjukkan bahawa barisan pimpinan sedang membentang laporan setiap jawatankuasa kepada semua guru.






Friday, January 22, 2010

Bengkel Bahasa Arab & Latihan Strategik 2009

Tarikh : 23 Januari 2009 bersamaan 08 Safar 1431 Hijrah
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka, Semabok.


Penceramah Jemputan:
i) Cikgu Azrinb. Ab.Majid (Ketua Pengarah PASTI Malaysia)
ii) Cikgu Nuri (Pengarah Latihan Strategik PASTI Malaysia )
iii) Ustaz Mohd Nazri b. Ahmad (Timbalan Pengarah 2 PASTI Melaka)
iv) Ustaz Imran b. Abd Rahman (Timbalan Pengarah 1 PASTI Melaka)


1) Program ini telah dihadiri oleh semua guru-guru Pasti seluruh negeri Melaka yangmana melibatkan lebih daripada 100 orang guru.

2) Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut:
- memberikan pendedahan mengenai strategik pembelajaran kepada pelajar-pelajar.
- memperjelaskan lagi penguasaan dalam subjek bahasa arab.