Wednesday, August 19, 2015

Alam Ria PASTI Negeri Melaka 2015


بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحة الله وبركاته  


Bukit katil, 15 ogos 2015 ; Telah berlangsung satu program berbentuk mencungkil bakat adik² PASTI dalam pelbagai acara seperti Nasyid, Kalam Jamaie, Pidato, Sajak dan lain-lain iaitu ALAM RIA PASTI bertempat di Maahad Ar-Rahmah,Solok Gaung.

Seramai 200 pelajar PASTI seluruh Melaka mengambil bahagian, acara dipertandingan mengikut kawasan terdapat enam buah kawasan di seluruh melaka. Perasmian penutup dirasmikan oleh Mudir maahad Ar-Rahmah sendiri yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka iaitu Ust Kamaruddin Sidek.

Johan Keseluruhan telah dimenangi oleh Kawasan Jasin dengan memenangi tempat pertama sebanyak 4 Acara. Johan Nasyid telah dimenangi oleh PASTI Kawasan Kota Melaka PASTI As-Syarifah, manakala Kalam Jamaie dimenangi oleh PASTI Kawasan Alor Gajah PASTI At-Taqwa 2.

Tahniah kepada semua pemenang, dan semua guru² yang membantu secara dedikasi, Ajk pelaksana dan semua yang membantu menjayakan Alam Ria pada tahun ini dengan jayanya... Alhamdulillah..
Jumpa di peringkat Pusat pula pada 30 ogos 2015 di Port Dickson, Negeri Sembilan.




Johan NASYID daripada PASTI As-Syarifah..

Johan KALAM JAMAIE dari PASTI At-Taqwa2

Johan bercerita dari PASTI Ahmadiah

Johan KHUTBAH dari PASTI Al-Murabbitin


Hebat adik2 PASTI berkhutbah.

Bergambar kenangan bersama guru.




Semangat dia bercerita!





Suasana dewan utama!

No comments:

Post a Comment