Saturday, April 5, 2014

Kuliah Perdana 'Anak Soleh Kunci ke Syurga' oleh Ustaz Azhar Idrus

PASTI Negeri Melaka buat julung-julung kalinya membawakan Ustaz Azhar Idrus untuk menyampaikan kuliah perdana bertajuk 'Anak Soleh Kunci ke Syurga'. Ayuh kita ramaikan untuk hadir ke program ini kerana majlis ilmu adalah salah satu dari taman-taman syurga!

Jom kita pakat-pakat datang!

Kursus Guru Peringkat Kawasan - Jasin

Pada 26 Mac yang lalu, PASTI Kawasan Jasin telah mengambil inisiatif menjalankan kursus untuk guru-guru mereka dengan pelbagai modul menarik termasuk kaedah pengajaran kreatif. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah, Insya-Allah. Tahniah PASTI Kawasan Jasin atas penganjuran tersebut.

Salah satu kuliah disampaikan oleh Cikgu Mazuan dan tumpuan yang diberikan oleh guru-guru PASTI Jasin dengan penuh khusyuk!

Sesi perkongsiaan pembinaan bahan bantu mengajar bersama Cikgu Rossbi

Bengkel hands-on

Mencari idea untuk memulakan pembinaan bahan bantu mengajar

Seronoknya guru-guru bila dapat berkongsi idea dan pengalaman

Tekun menghasilkan yang terbaik!

Perbincangan santai sesama ALP Negeri, tulang belakang PASTI.

Tahniah PASTI Kawasan Jasin atas penganjuran kursus ini!