Monday, December 31, 2012

Borang Pendaftaran Murid 2013

Untuk diisi oleh semua ibu bapa / penjaga yang menghantar anak-anak ke PASTI bagi sesi persekolahan 2013.





Monday, December 17, 2012

Hari Kualiti PASTI Malaysia

Tahniah kepada PASTI At-Taqwa 2, Taman Mutiara, Alor Gajah kerana menjadi naib johan PASTI 3K peringkat PASTI Malaysia dan PASTI Kawasan Masjid Tanah sebagai PASTI Kawasan Terbaik Negeri Melaka.

Semoga kejayaan yang dikecapi menjadi pendorong dan pembakar semangat PASTI-PASTI cawangan lain di Melaka.

Wakil guru dari Melaka; dari kiri - Cikgu Zarina (3K), Cikgu Zaleha (Kawasan Terbaik), Cikgu Siti Khadijah (pengiring) dan Cikgu Rohana (pengiring)

Bersama si cilik Hadi


Thursday, December 13, 2012

Kursus Guru PASTI Negeri Melaka 2012

Alhamdulillah, semalam berakhirlah program yang signifikan untuk guru-guru negeri Melaka iaitu Kursus Guru PASTI Negeri Melaka 2012 yang diadakan di Tawar Farm and Plantations, Ledang, Johor dari 10 hingga 12 Disember 2012.

Kursus yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai oleh seramai 57 orang guru dari seluruh negeri Melaka. Pelbagai acara yang diadakan termasuk bengkel Nurul Quran yang diketuai oleh Puan Khairiah dari PASTI Malaysia.

Di samping itu, kursus kali ini diselitkan dengan aktiviti secara hands-on seperti latihan kecemasan dan kebakaran, aktiviti treasure hunt, qiamulail selain kuliah dan modul-modul akademik.

Insya-Allah, inilah program khas untuk guru-guru sebelum melabuhkan tirai tahun 2012 dan persediaan mental fizikal terbaik untuk persediaan sesi persekolahan PASTI tahun 2013.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan. Sekalung penghargaan kepada Unit Amal Melaka dan Ledang atas kerjasama yang diberikan sepanjang program. Jutaan terima kasih kepada pengurusan Tawar Farm and Plantations, Ledang bagi perkhidmatan yang diberikan juga ALP PASTI sebagai penganjur dan fasilitator-fasilitator dari Sekolah Rendah Islam Ahmadiah, Telok Mas.

praktikal sesi kecemasan
 
 khusyuk mendengar ceramah

menumpukan perhatian

enak menjamu selera

seronoknya riadah pagi

mendengar dengan tekun

Monday, November 26, 2012

Finalis Pertandingan 3K PASTI Malaysia 2012

Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan guru-guru PASTI At-Taqwa 2, Taman Mutiara, Alor Gajah kerana sekali lagi dipilih sebagai finalis Petandingan 3K peringkat PASTI Malaysia untuk tahun 2012.

PASTI At-Taqwa 2 pernah menjadi naib johan pertandingan 3K PASTI Malaysia pada tahun 2010.

Keputusan Pertandingan 3K akan diumumkan pada Sambutan Hari Kualiti PASTI Malaysia di Pulau Pinang pada 15 Disember 2012.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan.


Terbaik di kalangan Terbaik!

Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Melaka ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada dua orang permata cilik yang telah berjaya dinobatkan sebagai murid cemerlang akademik PASTI peringkat negeri Melaka bagi tahun 2012.

Murid-murid tersebut adalah:

Murid Cemerlang 6 tahun


 Adik Nurul Syuhada binti Yazid 
PASTI Nurul Aini, Kota Melaka

Murid Cemerlang 5 tahun

 Adik Muhammad Ammar Hariz bin Mohd Shahril Izuan
PASTI Sahabat Siti Khadijah, Jasin

Kedua-dua murid ini akan dianugerahkan sebagai murid terbaik negeri Melaka di Sambutan Hari Kualiti PASTI Malaysia di Pulau Pinang pada 15 Disember 2012 nanti.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua calon murid terbaik 5 tahun dan 6 tahun dari PASTI seluruh Melaka yang telah menduduki peperiksaan pemilihan pelajar cemerlang pada 6 November 2012 yang lepas di Sekolah Rendah Islam Ahmadiah, Telok Mas.

Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru PASTI yang telah mendidik pelajar-pelajar PASTI seluruh Melaka.

Semoga Anugerah yang diberikan menjadi motivasi untuk lebih cemerlang di masa hadapan, dan sumber inspirasi bagi generasi seterusnya. Harapan kami agar anak-anak ini dapat menjadi insan soleh dan cerdas, selain  menjadi benteng kepada ibu bapa di akhirat kelak.









Thursday, August 9, 2012

Belasungkawa...Ustazah Habibah Hj Sidek

Takziah diucapkan kepada waris dan keluarga kepada Allahyarhamah Habibah binti Hj Sidek di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 9 Ogos 2012. Semoga mereka tabah atas ketentuan dari-Nya. Arwah meninggalkan 4 orang cahayamata yang kini menjadi yatim piatu. Di doakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman bersama ganjaran atas bakti yang telah dicurahkan kepada PASTI Melaka.

Al-Fatihah

Friday, February 3, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA DAN SUKANEKA



Ayuh, sertai program perdana ini! Hadiah menarik menanti anda!

Tuesday, January 3, 2012

Selamat memulakan sesi persekolahan PASTI



Selamat memulakan sesi persekolahan PASTI bagi sesi 2012. Kepada semua guru, selamat menjalankan rutin pengajaran dengan penuh dedikasi. Kepada semua ibu bapa/ penjaga, terima kasih kerana memilih PASTI dan percaya dengan kualiti produk kami. Kepada semua pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar menjadi mutiara yang menyerlah di dalam masyarakat kelak.








Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Melaka

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Melaka mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua warga pendidik, ibu bapa dan pelajar. Semoga lembaran baru ini menghamparkan sejuta harapan dalam memartabatkan institusi PASTI di Malaysia selain wadah mendidik dan mentarbiyyah tunas-tunas Islam.

TaqabbalalLahuminnawaminkum!