بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحة الله وبركاته
Alhamdulillah seramai 50 orang guru termasuk keluarga guru melaka ke sarawak pada 16 mei 2015 bersempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia yang diadakan di Kuching,Sarawak. Beberapa ALP (Ahli Lembaga Pengarah) juga turut serta memeriahkan lagi suasana.
Selain itu Melaka dikejutkan dengan berjayanya guru pasti melaka iaitu Pn Zarina Bt Khalid kerana telah dianugerahkan sebagai Tokoh Siti Khadijah Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada Pn Zarina kerana masih terus istiqomah dalam perjuangan di arena pendidikan islam ini.
Tidak lupa juga ucapan tahniah pada Pn Siti Aidah bt Bohari kerana telah dianugerahkan guru paling lama berkhidmat kebangsaan, Semoga guru -guru PASTI Melaka terus ISTIQOMAH seperti apa yang Dato' Tuan Ibrahin Tuan Man selaku perasmi Sambutan Hari guru sarankan kepada semua-semua pasti agar ianya menjadi satu natijah yang baik untuk mengangkat nama PASTI ke persada dunia. InsyaAllah
Disini di diserta juga sedikit corat-coret aktiviti cikgu PASTI di Sarawak.
No comments:
Post a Comment