Friday, February 3, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA DAN SUKANEKA



Ayuh, sertai program perdana ini! Hadiah menarik menanti anda!

Tuesday, January 3, 2012

Selamat memulakan sesi persekolahan PASTI



Selamat memulakan sesi persekolahan PASTI bagi sesi 2012. Kepada semua guru, selamat menjalankan rutin pengajaran dengan penuh dedikasi. Kepada semua ibu bapa/ penjaga, terima kasih kerana memilih PASTI dan percaya dengan kualiti produk kami. Kepada semua pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar menjadi mutiara yang menyerlah di dalam masyarakat kelak.








Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Melaka

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Melaka mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua warga pendidik, ibu bapa dan pelajar. Semoga lembaran baru ini menghamparkan sejuta harapan dalam memartabatkan institusi PASTI di Malaysia selain wadah mendidik dan mentarbiyyah tunas-tunas Islam.

TaqabbalalLahuminnawaminkum!

Saturday, November 19, 2011

Summer Camp 2011 - Membina Generasi Rabbani

Jawatankuasa pengelola PASTI Negeri Melaka akan mengadakan sebuah aktiviti kem motivasi + ibadah sebagai pengisian berfaedah dan aktiviti riadah di musim cuti sekolah ini. Alami suasana perkhemahan dengan desiran pantai dan suara alam yang sungguh mengasyikkan!

Butiran adalah seperti berikut:


Tarikh: 28 hingga 30 November 2011

Tempat: Chalet Abah, Pengkalan Balak, Masjid Tanah

Bayaran: RM60 (terhad 60 orang peserta)

Umur: 9 hingga 12 tahun

Jom kita sama-sama raikan cuti sekolah ini dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyihatkan badan!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Sdr. Zaimi: 014-7322884 atau Sdr. Aizudin: 017-6169526

Ayuh, segera kita daftarkan diri ke program ini!


Monday, July 12, 2010

Jamuan Sukan Pasti Negeri Melaka 2010

Majlis Jamuan Sukan Pasti Negeri Melaka 2010

Tarikh: 13 Julai 2010 bersamaan 30 Rejab 1431 hijrah
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Tempat: Pasti Seri Jati, Sungai Putat.

1) Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kontinjen Pasti Melaka (Pasukan Bola Sepak & Bola Jaring) yang telah menyertai Pesta Sukan Pasti Malaysia 2010 di Pulau Pinang.

2) Majlis jamuan ini berjalan dengan penuh kemeriahan apabila dihadiri oleh keluarga para pelajar yang tidak henti-henti berbicara mengenai permainan anak-anak mereka di Pulau Pinang. Mereka berasa kagum dengan pencapaian anak-anak mereka walaupun kontinjen Melaka tidak berjaya memperolehi gelaran juara.

3) Para tetamu yang telah hadir juga tertarik akan perbualan mengenai sukan tersebut. Antara tetamu yang hadir adalah Pemuda PAS Negeri Melaka, Pemuda PAS Kaw.Bukit Katil, ALP Pasti Melaka & guru-guru yang terlibat sama.

4) Seramai 27 pelajar telah memberikan komitmen yang tinggi dalam sepanjang permainan tersebut, dan juga tidak lupa penat lelah para ibu bapa, guru-guru, jurulatih yang telah memberikan sokongan padu kepada pelajar-pelajar berikut.

Sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010:

Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010

Monday, May 24, 2010

Mesyuarat Agung JIBG Pasti Al-Huda


Aktiviti : Mesyuarat Agung Jabatan Ibu Bapa & Guru (JIBG) Pasti Al-Huda
Tarikh : 02 Mei 2010 (Ahad) bersamaan 19 Jamadilawal 1431 Hijrah
Tempat : Balai Islam Bukit Rambai

1) Tahniah kepada pihak pengurusan Pasti Al-Huda kerana berjaya menubuhkan JIBG serta menganjurkan mesyuarat agung kali yang pertama (sebuah organisasi yang diwakili oleh ibu bapa & guru-guru pasti tersebut).

2) Alhamdulillah (lafaz yg terindah) apabila kedengaran wujudnya JIBG peringkat pasti cawangan di Melaka... Semoga ianya menjadi pencetus kpd peningkatan sistem pengurusan pasti seluruh negeri Melaka.

3) Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh Pengarah Pasti Melaka, Cikgu Abdul Kadir b. Dewa... Beliau sempat meluahkan perasaan gembira dengan kemajuan yang telah dipraktikkan oleh semua warga Pasti Melaka terutamanya Pasti-Pasti yg telah diberi pengiktirafan dalam beberapa kategori @ bidang.

Sunday, May 16, 2010

PASTI RUJUKAN (PASTI BENCHMARK)

1) Pihak Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI Negeri Melaka telah membuat penilaian & pemerhatian terhadap semua pasti cawangan sepanjang awal tahun 2010. Dengan ini, pihak ALP telah menyenaraipendek pasti-pasti yang boleh dijadikan contoh @ rujukan dalam beberapa kategori tertentu.

2) Dibawah ini adalah kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh pihak ALP:

Organisasi:
Pasti An-Nuriah (Tangga Batu)

Jabatan Ibu Bapa & Guru (JIBG):
Pasti Al-Huda (Tangga Batu)

Keceriaan, Kebersihan & Kekemasan (3K):
Pasti At-Taqwa 2 (Alor Gajah)

Kaffah:
Pasti Ar-Rahman (Masjid Tanah)

Publisiti:
Pasti Al-Amin (Jasin)

Fardhu Ain:
Pasti Al-Kauthar (Bukit Katil), Pasti Nurul Aini (Kota Melaka)

K4T:
Pasti Nurul Iman (Jasin)


3) Dengan ini, pihak ALP berharap pasti cawangan dapat berkomunikasi dengan pihak pengurusan pasti yang telah dianugerahkan kategori tertentu. Semoga kecemerlangan pasti ini dapat dikongsi & dinikmati bersama-sama.

Bersama kita "Menjana Generasi Al-Quran"