Saturday, April 5, 2014

Kursus Guru Peringkat Kawasan - Jasin

Pada 26 Mac yang lalu, PASTI Kawasan Jasin telah mengambil inisiatif menjalankan kursus untuk guru-guru mereka dengan pelbagai modul menarik termasuk kaedah pengajaran kreatif. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah, Insya-Allah. Tahniah PASTI Kawasan Jasin atas penganjuran tersebut.

Salah satu kuliah disampaikan oleh Cikgu Mazuan dan tumpuan yang diberikan oleh guru-guru PASTI Jasin dengan penuh khusyuk!

Sesi perkongsiaan pembinaan bahan bantu mengajar bersama Cikgu Rossbi

Bengkel hands-on

Mencari idea untuk memulakan pembinaan bahan bantu mengajar

Seronoknya guru-guru bila dapat berkongsi idea dan pengalaman

Tekun menghasilkan yang terbaik!

Perbincangan santai sesama ALP Negeri, tulang belakang PASTI.

Tahniah PASTI Kawasan Jasin atas penganjuran kursus ini!

No comments:

Post a Comment