Tuesday, February 4, 2014

Hari Kualiti PASTI Negeri Melaka

Alhamdulillah, PASTI Negeri Melaka berjaya menganjurkan Hari Kualiti dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat PASTI Negeri pada 25 Januari 2014, Sabtu di Dewan Rakyat Bukit Katil, Melaka.

Kehadiran semua warga PASTI diserikan lagi dengan kehadiran dif jemputan iaitu Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Saudara Jauhar bin Md Dawi dan majlis dirasmikan oleh YB Dr Khalid bin Kassim (ADUN Bukit Baru).

Majlis dimulakan dengan Tazkirah sempena Maulidur Rasul oleh Al Fadhil Ustaz Musa bin Mohd dengan tajuk Rasulullah: Teladan Sepanjang Zaman disusuli dengan acara-acara penganugerahan kepada pemenang-pemenang untuk pencapaian sepanjang tahun 2013 dan penyampaian cenderamata jasamu dikenang bagi pimpinan ALP sesi 2011-2013 dan guru bersara.

Tahniah!

Berikut adalah senarai pemenang:

Kategori PASTI 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) mengikut kawasan:

Alor Gajah - PASTI Al-Manar
Masjid Tanah - PASTI An-Nur
Tangga Batu - PASTI At-Tanwir
Kota Melaka - PASTI Al-Usrah
Jasin - PASTI As-Solihin
Bukit Katil - PASTI Jaya Insan

KPI Terbaik Kawasan:

PASTI Kawasan Alor Gajah

KPI Terbaik Cawangan:

PASTI Ar-Rahman, Masjid Tanah

Peratus kenaikan murid tertinggi 2013:

PASTI As-Syakirin, Jasin

Anugerah Zamrud (murid PASTI berdaftar melebihi 100 orang):

PASTI Al-Huda, Tangga Batu
PASTI Siti Khadijah, Tangga Batu
PASTI Al-Ummah, Kota Melaka
PASTI At-Taqwa 2, Alor Gajah

Dif-dif jemputan

Suasana di dalam dewan majlis

Bacaan selawat dan berzanji dipimpin oleh Tn Hj Ismail Jabbar

Ucapan Ketua Pemuda

Ucapan perasmian daripada YB Dr Khalid

Penyampaian anugerah kepada pemenang

Penyampaian dari Ketua MGP Negeri, Pn Hjh Zarina

Terima kasih atas kehadiran Tuan YB! Semoga ketemu lagi di lain program PASTI!

* foto-foto kredit En Imran Ibrahim

No comments:

Post a Comment