Tarikh: 13 Julai 2010 bersamaan 30 Rejab 1431 hijrah
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Tempat: Pasti Seri Jati, Sungai Putat.
1) Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kontinjen Pasti Melaka (Pasukan Bola Sepak & Bola Jaring) yang telah menyertai Pesta Sukan Pasti Malaysia 2010 di Pulau Pinang.
2) Majlis jamuan ini berjalan dengan penuh kemeriahan apabila dihadiri oleh keluarga para pelajar yang tidak henti-henti berbicara mengenai permainan anak-anak mereka di Pulau Pinang. Mereka berasa kagum dengan pencapaian anak-anak mereka walaupun kontinjen Melaka tidak berjaya memperolehi gelaran juara.
3) Para tetamu yang telah hadir juga tertarik akan perbualan mengenai sukan tersebut. Antara tetamu yang hadir adalah Pemuda PAS Negeri Melaka, Pemuda PAS Kaw.Bukit Katil, ALP Pasti Melaka & guru-guru yang terlibat sama.
4) Seramai 27 pelajar telah memberikan komitmen yang tinggi dalam sepanjang permainan tersebut, dan juga tidak lupa penat lelah para ibu bapa, guru-guru, jurulatih yang telah memberikan sokongan padu kepada pelajar-pelajar berikut.
Sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010:
No comments:
Post a Comment