Tuesday, September 29, 2009

Jom berpuasa 6 dalam bulan Syawal...

1) Puasa Ramadhan untuk menduduk dan melentur nafsu manusia yang degil dan keras kepala melawan kehendak Tuhan. Sebab itu umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan sepertimana yang dituntut Allah dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Agar kalian menyempurnakan bilangan harinya dan kalian bertakbir mengagungkan Allah justeru Dia telah memberikan hidayah kepada kalian".

2) Di penghujung Ramadhan umat islam menamatkan ibadah puasa dengan Hari Raya Aidilfiri sebagai tanda kemenangan dan kejayaan mentarbiyah diri.


3) Tapi hari raya mungkin sahaja menimbulkan kesan sebaliknya. Manusia mula melepaskan tali kekangan nafsunya tanpa pengendalian yang wajar. Ini tentunya akan merosakkan kesan tarbiyah berkenaan.


4) Sebab itu Rasulullah s.a.w menggesa pengikutnya untuk berpuasa enam hari dalam bulan Syawal selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan. Agar dapat ditawan kembali kehendak nafsu yang mula mahu bermaharajalela itu.


5) Berdasarkan riwayat Abu Ayyub al-Ansari baginda bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun seluruhnya".- Riwayat Muslim, Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah.


6) Sekiranya seseorang itu berterusan mengerjakan puasa enam ini setiap tahun, maka seolah-olah ia berpuasa selama-lamanya.


7) Dalam hadis yang lain terdapat tafsiran kepada hadis ini yang mengatakan berpuasa sebulan Ramadhan menyamai dengan 10 bulan manakala berpuasa enam hari dalam bulan Syawal menyamai dua bulan. Dengan itu sekeluruhannya adalah setahun.


8) Mungkin ada yang bertanya apakah yang dimaksudkan ia terus ditunaikan sebaik sahaja selepas 1 Syawal atau puasa sunat itu boleh ditangguhkan perlaksanaannya beberapa hari selepas hari raya?


9) Dengan lebih jelas, adakah boleh puasa sunat Syawal sebelum qadha Ramadhan? Ulama berbeza pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat utama :


--- Harus puasa enam sebelum puasa qadha Ramadhan. Ini pendapat jumhur ulama sama ada secara mutlak mahupun dengan pendapat yang memakruhkan perbuatan seperti ini.
Ulama Hanafi mengharuskan puasa sunat sebelum qadha Ramadhan kerana qadha itu tidak wajid secara segera tapi wajib "Muwassa" atau (mengikut masa yang sesuai kepada orang yang magu mengqadha puasa berkenaan). Ini juga pendapat Imam Ahmad dalam satu riwayatnya. Adapun ulama mazhab Maliki dan Syafi'i mereka berpendapat harus tapi makruh kerana melambat-lambatkan yang wajib kerana sibuk menunaikan yang sunat.

--- Haram puasa sunat sebelum mengqadha puasa Ramadhan. Ini salah satu pendapat mazhab Hambali. Pendapat yang sahih ialah harus berpuasa sunat sebelum mengqadakan puasa wajib kerana waktu qadha' itu tidak semestinya segera tetapi bersifat muwassa' atau mengikut kesesuaian masa mengqadha' ibadah berkenaan.


10) Kesimpulannya Islam sangat mementingkan usaha melentur dan mentarbiyah nafsu menusia. Ini kerana nafsu manusia kuat terbelenggu dengan faham asabiyah keMelayuan, keJawaan dan keAraban.


11) Malah mereka tidak mahu tunduk kepada ajaran Islam yang syumul dan kaffah, mereka enggan bersama memperjuangkan Islam meskipun sudah berpuasa sebulan kerana kepentingan nafsu liar yang tidak dapat dilentur dengan jayanya.



oleh : Ustaz Abdul Ghani Samsuddin (Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS)


No comments:

Post a Comment