Wednesday, July 8, 2009

Majlis Jamuan Sempena Pesta Sukan PASTI Malaysia



1) Majlis jamuan ini diadakan pada 3 Julai 2009, jam 8.30 malam bertempat di Pasti Jaya Insan, Kawasan Bukit Katil...

2) Majlis diadakan khas untuk meraikan para peserta sukan pasti kebangsaan yg telah berlangsung di UNISEL, walaupun kontijen melaka pulang tanpa membawa pulang piala juara.

3) Kesungguhan para peserta dalam permainan adalah mengagumkan. Ada yang menitis air mata apabila gol mereka dibolosi... Ada yang gementar apabila melakukan tendangan penalti... Yang penting, para peserta dapat memupuk semangat berpasukan & kesatuan walaupun baru berusia 4-6 tahun.

4) Di dalam majlis ini juga diadakan acara penyampaian sijil & hadiah saguhati kepada para peserta. Termasuk sambil menjamah buah-buahan tempatan yang disediakan oleh guru-guru.

Buah durian siap dibuka oleh jurulatih bola sepak, khas untuk tatapan para tetamu


5) Disamping makan-makan... para ibubapa dapat beramah-mesra bersama guru-guru, ALP dan pimpinan PAS dari negeri Melaka & kawasan Bukit Katil.

Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil sedang berucap ketika majlis berlangsung


Suasana meriah sepanjang majlis

No comments:

Post a Comment