Wednesday, June 3, 2015

HARI KANTIN PASTI 2015



بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحة الله وبركاته 

Jom bersama-sama memeriahkan Program mega PASTI Melaka iaitu Hari Kantin PASTI 2015 
pada 13 Jun 2015 bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil...
Antara aktivti yang menarik :
  1. Pertandingan mewarna MEGA
  2. Gubahan Tuala / Ukiran Buah
  3. Kokomin Tarik
  4. Jualan Pelbagai makanan dan minuman
  5. Cabutan bertuah / teka kacang
  6. dan lain-lain lagi.. 

nak tahu apa lagi yang menarik???
Ayuh bersama-sama sertai kami memeriahkan lagi Hari Kantin PASTI 2015, Bawa bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.


Semua dijemput hadir!!



Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Melaka 2015


بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحة الله وبركاته 

Pada tanggal 24 mei 2015 telah berlangsung majlis yang kebiasaanya setiap tahun akan disambut oleh semua guru termasuklah guru-guru PASTI bagi meraikan juga sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, usaha keras serta komitmen yang diberikan selama berkhidmat sebagai guru.

Seramai 150 orang guru diseluruh PASTI Melaka diraikan di Restoran Ikan Bakar Parameswara, Umbai Melaka. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu PAS dan Lagu Rasmi MGPM.

Beberapa kelainan yang dibuat pada sambutan kali ini, pihak urusetia menyediakan beberapa game yang buat pertama kalinya dibuat bagi memeriahkan suasana serta bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama guru.

Seterusnya penyampaian sijil serta anugerah disampaikan diakhir majlis.
Bagi Anugerah Siti Khadijah disandang oleh  Pn Rokiah Gafar
Bagi Anugerah Tokoh Guru dimenangi oleh Pn Azni Abd Aziz
Tahniah diucapkan pada para penerima anugerah, semoga terus istiqomah dalam arena pendidikan dalam mentarbiyah dan mendidik tunas islam kearah islam yang sebenar.

Disini disertakan beberapa corat-coret suasana Sambutan Hari Guru PASTI Melaka 2015