Sunday, May 24, 2015

Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia di Kuching, Sarawak


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحة الله وبركاته

Alhamdulillah seramai 50 orang guru termasuk keluarga guru melaka ke sarawak pada 16 mei 2015 bersempena  Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia yang diadakan di Kuching,Sarawak. Beberapa ALP (Ahli Lembaga Pengarah) juga turut serta memeriahkan lagi suasana.

Selain itu Melaka dikejutkan dengan berjayanya guru pasti melaka iaitu Pn Zarina Bt Khalid kerana telah dianugerahkan sebagai  Tokoh Siti Khadijah Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada Pn Zarina kerana masih terus istiqomah dalam perjuangan di arena pendidikan islam ini. 

Tidak lupa juga ucapan tahniah  pada Pn Siti Aidah bt Bohari kerana telah dianugerahkan guru paling lama berkhidmat kebangsaan, Semoga guru -guru PASTI  Melaka terus ISTIQOMAH seperti apa yang Dato' Tuan Ibrahin Tuan Man selaku perasmi Sambutan Hari guru sarankan kepada semua-semua pasti agar ianya menjadi satu natijah yang baik untuk mengangkat nama PASTI ke persada dunia. InsyaAllah

Disini di diserta juga sedikit corat-coret aktiviti cikgu PASTI di Sarawak.


Bertolak ke KLIA
sudah sampai di Sarawak
bergambar di ballroom hotel sebelum masuk ke dewan.


Anugerah Siti Khadijah Kebangsaan

Guru Khidmat Lama Negeri Melaka
bergambar kenangan bersama para penerima anugerah





sesi lawatan guru ke tempat yang menarik di sarawak











membeli belah ikan terubuk masin