Monday, May 24, 2010

Mesyuarat Agung JIBG Pasti Al-Huda


Aktiviti : Mesyuarat Agung Jabatan Ibu Bapa & Guru (JIBG) Pasti Al-Huda
Tarikh : 02 Mei 2010 (Ahad) bersamaan 19 Jamadilawal 1431 Hijrah
Tempat : Balai Islam Bukit Rambai

1) Tahniah kepada pihak pengurusan Pasti Al-Huda kerana berjaya menubuhkan JIBG serta menganjurkan mesyuarat agung kali yang pertama (sebuah organisasi yang diwakili oleh ibu bapa & guru-guru pasti tersebut).

2) Alhamdulillah (lafaz yg terindah) apabila kedengaran wujudnya JIBG peringkat pasti cawangan di Melaka... Semoga ianya menjadi pencetus kpd peningkatan sistem pengurusan pasti seluruh negeri Melaka.

3) Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh Pengarah Pasti Melaka, Cikgu Abdul Kadir b. Dewa... Beliau sempat meluahkan perasaan gembira dengan kemajuan yang telah dipraktikkan oleh semua warga Pasti Melaka terutamanya Pasti-Pasti yg telah diberi pengiktirafan dalam beberapa kategori @ bidang.

Sunday, May 16, 2010

PASTI RUJUKAN (PASTI BENCHMARK)

1) Pihak Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI Negeri Melaka telah membuat penilaian & pemerhatian terhadap semua pasti cawangan sepanjang awal tahun 2010. Dengan ini, pihak ALP telah menyenaraipendek pasti-pasti yang boleh dijadikan contoh @ rujukan dalam beberapa kategori tertentu.

2) Dibawah ini adalah kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh pihak ALP:

Organisasi:
Pasti An-Nuriah (Tangga Batu)

Jabatan Ibu Bapa & Guru (JIBG):
Pasti Al-Huda (Tangga Batu)

Keceriaan, Kebersihan & Kekemasan (3K):
Pasti At-Taqwa 2 (Alor Gajah)

Kaffah:
Pasti Ar-Rahman (Masjid Tanah)

Publisiti:
Pasti Al-Amin (Jasin)

Fardhu Ain:
Pasti Al-Kauthar (Bukit Katil), Pasti Nurul Aini (Kota Melaka)

K4T:
Pasti Nurul Iman (Jasin)


3) Dengan ini, pihak ALP berharap pasti cawangan dapat berkomunikasi dengan pihak pengurusan pasti yang telah dianugerahkan kategori tertentu. Semoga kecemerlangan pasti ini dapat dikongsi & dinikmati bersama-sama.

Bersama kita "Menjana Generasi Al-Quran"